MAJLIS JEMAAH COCRANE

MAJLIS JEMAAH COCRANE
TERUS MEMBERI KHIDMAT KEPADA BANGSA DAN TANAHAIR

Jumaat, 9 April 2010

AKRAB DI WUJUDKAN


KEBAJIKAN SEBAGAI AHLI

setelah mendaftar sebagai ahli dan menerima Kad Pengenalan AKRAB maka berhak keatas Ahli menerima kebajikan dari AKRAB > Khairat Kematian Ahli dan Keluarga : suami / Isteri , ibubapa, anak, anak tiri, anak angakat ( anak yang berumur 18 tahun kebawah ) dan waris yang sah. tututan boleh dibuat dalam masa 24 jam dengan di sahkan surat kematian. segala tututan terus kepada Bendahari Atau Setiausaha AKRAB. 0173567008.

TUJUAN / MATLAMAT

1 Sebagai Jemaah hidup Perpaduan yang hormat Menghormati di antara satu sama lain umpama satu keluarga, yang Tua di hormati dan yang muda di kasihi.

2 wujudkan kekeluargaan dengan lebih akrab satu keluarga dengan pangilan nama Ayahanda, Anakanda, Kekanda dan Adinda.

3 Untuk memajukan tahap ekonomi dan kehidupan ahli-ahli AKRAB dan juga tahap kesihatan dan pembelajaran Ahli-ahli AKRAB dan Anak-anak Ahli AKRAB.

4 Untuk membentuk sikap ingin membantu dan tunjuk ajar serta Bimbingan kepada Ahli-ahli AKRAB supaya boleh berdikari.

5 Melahirkan masyarakat penyayang dan wujudkan ramai golongan berada supaya turut membantu ahli-ahli AKRAB.

6 Bekerjasama dengan lain-lain Petubuhan dan gabungan yang mempunyai niat dan tujuan yang sama membantu para ahli-ahli yang lain.

7 Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa juga langkah selain Daripada perkara di atas bagi kesempurnaan perjalanan bagi faedah ekonomi semua ahli AKRAB.

8 Mengadakan Program-program motivasi, latihan, sivik, kursus, seminar, bengkel, ceramah, kauseling, kebajikan, atau pertemuan yang dapat mengerakan usaha merialisasikan penubuhan AKRAB.

9 Menghulurkan bantuan kebajikan kepada yang memelukan Tampa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

10 mengumpul dan mengeratkan kekeluargaan siratulrahim dikalangan ahli-ahli AKRAB melalui berbagai aktiviti kemasyarakatan dan social yang bernafaat.

11 siratulrahim yang wujud dalam kekeluargaan menambahkan lagi sifat kerjasama, tolong menolong, bantu mebantu dan saling hormat menghormati serta berkasih sayang.

KEAHLIAN

4.1 Adalah terdiri daripada :-
4.1.1 Terbuka kepada warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun dan ke atas.
4.1.2 Ahli kehormat adalah mereka yang difikirkan dapat memberi nasihat dan sumbangan yang bermakna kepada persatuan. Ahli kehormat hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memegang jawatan sebagai Pegawai AKRAB dan tidak boleh mengundi.

4.2 Permohonan menjadi ahli biasa hendaklah mengisi borang permohonan menjadi ahli AKRAB dengan dicadang atau disokong oleh Jawatankuasa dan dihantar kepada setiausaha yang akan mengemukakan secepat mungkin permohonan itu untuk diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa AKRAB. Jawatankuasa AKRAB boleh dengan budi bicaranya menolak sebarang permohonan menjadi ahli AKRAB tanpa memberi sebab-sebabnya.

4.3 Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan pertama seperti yang ditentukan. Ianya menjadi ahli AKRAB dan berhaklah ia sebagai seorang ahli.

4.4 Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh di terima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor yang berkenaan.


sebarang pertanyaan SMS kepada Urusetia > 0173567008

Perpaduan Jemaah

Kerja-kerja untuk meninggikan kalimah Allah wajib dilakukan secara berjemaah dan sifat bagi jemaah itu adalah jemaah yang tersusun. Bagi menegakkan hukum Allah Taala, memerlukan kerja berkumpulan (berjemaah) dan kerana itu berjemaah adalah wajib. Jesteru sesuatu perkara yang tidak sempurna wajib kecuali dengan adanya sesuatu perkara lain, maka sesuatu perkara lain itu menjadi wajib. Juga kerana Islam bukan agama individu, tetapi ia adalah agama satu ummah, satu negara dan satu tubuh. Rasulullah sendiri menggambarkan kepada kita perkara ini dengan Baginda memimpin umat Islam sebagai satu jamaah dan satu kesatuan serta mendirikan kerajaan Islam bersama mereka. Kemudian diikuti oleh Khulafa ar Rasyidin di atas manhaj yang sama. Kerana itu, kerja berjamaah bukan perkara baru atau direka-reka. Atas dasar itulah as Syahid Hassan al Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mendirikan kerajaan Islam dan mengembalikan khalifah agar agama Allah kuat di muka bumi ini. Beliau turut berkali-kali menyatakan; "..Dakwah kami adalah Islam bukan selainnya..".

PEMIMPIN
Jemaah yang kuat dan berjaya adalah jemaah yang;
(1) Mempunyai manhaj yang jelas dan nyata lagi kemas dan tersusun.
(2) Mempunyai para pekerja yang bekerja mengikut garis panduan manhaj.
(3) Mempunyai pemimpin yang berwibawa.
Satu-satu jemaah tidak mungkin bekerja tanpa pemimpin yang mengatur kerja, menentukan segala tujuan (matlamat), & cara-cara yang perlu diikuti dengan perlaksanaan dan dirujuk kepadanya dalam semua perkara yang memerlukan penjelasan. Ini semua perlu bagi mengelakkan percanggahan dengan pengikut melaksanakan kerjanya, membantu pemimpin dan memberi nasihat serta pendapat kepadanya. Pendapat pemimpin tidak perlu disanggah hanya kerana pekerja malas dengan pelbagai alasan. Jika tidak, bagaimana pemimpin dapat meletakkan perancangan untuk dilaksanakan dan menugaskan ahli untuk melaksanakan.
Pemimpin adalah ibarat kepala bagi badan, yang merancang, menghimpun segala maklumat, mengkaji & berfikir dengan keupayaan yng khusus. Mereka juga memberi penerangan dan mengawasi segala gerak kerja supaya ianya berjalan sesuai dengan yang dirancangkan. Pemimpin yang kuat akan melahirkan satu jemaah yang gagah dan berjaya dan begitu jugalah sebaliknya.Telah dimaklumi bahawa kesatuan adalah lambang kekuatan. Bila kita bercakap mengenai peribadi atau kriteria seorang pemimpin gerakan, maka ia bemaksud ahli gerakan seluruhnya. Tanggungjawab menjaga jemaah adalah tanggungjawab bersama dan boleh dikatakan setiap ahli jemaah dianggap berada di atas satu lubang yang dapat dimasuki musuh dan dia bertanggungjawab padanya. Kerana bebanan tanggungjawab pemimpin lebih berat, maka perlulah diteliti dan berhati-hati ketika memilih orang yang akan di serahkan tanggungjawab dalam jemaah, jauh dari sikap pilih kasih.
Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam "..Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya, dan orang mukmin..". (dikeluarkan oleh al Hakim dan as Sayuti dalam sahihnya). Apapun, kepimpinan dalam jemaah bukanlah satu keinginan yang akan menguntungkan dari aspek keduniaan, bahkan ianya adalah amanah yang akan diperhitungkan, membawa kesusahan dan penyesalan kecuali sesiapa yang menunaikan hak Allah di dalamnya. Moga Allah merahmati Khalid al Walid kerana tingkah laku yang amat baik serta iltizamnya selepas dipecat dari jawatan pemimpin. as Syahid Hassan al Banna menyatakan; "..Bagi pemimpin dalam dakwah Ikhwan, mempunyai hak seperti bapa dalam ikatan hati, sebagai guru dalam faedah keilmuan, sebagai seorang syeikh dalam pendidikan kerohanian, seorang ketua dalam memutuskan siasah umum bagi dakwah. Malahan dakwah kita menghimpunkan semua ini..".

PENGIKUT
Pengikut adalah lambang jemaah, pemimpin tidak akan berjaya mengendalikan jemaah dengan berjaya tanpa pengikut dan kekuatan jemaah adalah lahir dari pengikut yang bekerja dengan bersungguh-sungguh mengikut arahan yang diberi oleh pimpinan tanpa apa jua alasan. Oleh kerana matlamat kita yang besar ini (menetapkan agama Allah di muka bumi), maka telah menjadi kemestian ke atas sesiapa yang telah rela bekerja di bawah bendera jemaah ini untuk menjadi para pendakwah dan tentera aqidah yang mempunyai keperibadian muslim yang sejati berdasarkan acuan al Quran dan as Sunnah. Nabi salallahualahi wasalam sendiri telah mendidik generasi pertama umat ini melalui hidangan al Quran dan tarbiyahnya. Mereka umpama tiang-tiang dan paksi-paksi yang kuat untuk membangunkan kerajaan Islam. Mereka ditarbiyah, dipersaudarakan & digerakkan kepada jihad dan berhasil dari peribadi-peribadi ini akan pertolongan Allah.
Pengikut juga haruslah taat setia kepada rukun baiah yang sepuluh dan memastikan penjagaan diri dalam kewajipan melaksanakan wasiat yang sepuluh,kerana keduanya disusun untuk melahirkan pekerja yang memahami tanggungjawapnya dan jelas pengangannya dan faham matlamatnya.Ini juga akan melahirkan rijal yang tidak gentar dalam membawa obor agama ini biarpun apa jua rintangan dan halangannya. Bagi para pengikut ataupun kita katakan pendokong gerakan ini,perlulah memahami dan menghasilkan beberapa perkara supaya dasar-dasar islam itu dapat dicapai. Antaranya ialah;
1- Memahami mengapakah dia menjadi seorang Islam dan apakah tuntutan Islam terhadap dirinya. Bukan kerana kelahiran dari keluarga Islam dan mewarisi Islam dari keluarganya. Bekerja untuk masa depan Islam dan memahami bahawa segala kesalahan atau kecuaian dalam tuntutan Islam akan disusuli dosa dan balasan.
2- Mengenali segala bentuk peringkat dan tuntutan-tuntutannya yang dilalui oleh dakwah Islam kebelakangan ini. Mengetahui apakah komplot-komplot untuk menjatuhkan Islam dan berusaha menghalangnya.
3- Mengetahui bahawa tiada jalan keluar dari masalah yang membelenggu umat hari kecuali kembali kepada al Quran dan as Sunnah.
4- Mempercayai perlunya bekerja bagi membangkitkan semangat keimanan dalam jiwa dan membangkitkan kembali kekuatan Islam dan perlu membebaskan tanah umat islam yang dirampas dan membebaskan masjidil Aqsa yang di jajah.
5- Mengetahui bahawa menegakkan kembali kerajaan islam adalah satu kewajipan dan bukannya perkara pilihan.Dan umat ini berdosa sekiranya mereka tidak berusaha untuk mengembalikannya kembali.
6- Mestilah mengetahui bahawa kewajipan ini tidak akan terlaksana dengan berusaha sendiri dan ianya hendaklah secara berkumpulan yang mempunyai manhaj yang tersusun.
7- Memegang kaedah "perkara yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengannya maka perkara itu menjadi wajib" dan memahami maksudnya iaitu kewajipan bekerja secara berjemaah bagi mengembalikan khilafah Islamiyyah.
8- Setelah mengetahui akan kewajipan berjemaah, hendaklah dia memilih jemaah yang dia akan bekerja di dalamnya supaya dia tidak menyumbangkan waktunya usahanya, hartanya, dan jiwanya pada jalan yang tidak betul.
9- Di antara cirri-ciri jemaah yang harus dia menggabungkan dirinya di dalamnya dan dia pilih ialah:- Mempunyai manhaj yang jelas dan tersusun- Meletakkan menegakkan negara Islam sebagai matlamatnya- Mengambil Islam secara menyeluruh- Mengikut manhaj Rasulullah salallahualaihi wasalam dalam mencapai tujuan ini- Medan kerjanya adalah seluruh kawasan Islam semuanya.- Mempunyai pengalaman (lama) & kepakaran.- Memahami kepentingan perpaduan dan penyatuan barisan dan tidak ada alasan untuk mengangkat bendera yang pelbagai atas nama Islam.- Hendaklah pemilihan yang dilakukan terhadap jemaah yang akan dimasuki olehnya berdasarkan kehendaknya sendiri tanpa paksaan,tekanan atau mengambil hati dan janganlah dia terpengaruh dengan apa-apa keraguan yang dibangkitkan mengenai jemaah yang digembar-gemburkan oleh musuh-musuh atau orang Islam yang jahil.- Hendaklah dia istiqamah dan sanggup menghadapi segala mehnah dan tribulasi dengan penuh keiltizaman bersama jemaah yang telah dipilih olehnya.- Mengikhlaskan segala-galanya kerana Allah dan bukannya kerana kepentingan peribadi.Serta mengetahui bahawa perjanjian dan sumpah setia terhadap pimpinan jamaah pada hakikatnya adalah perjanjian dan baiah dengan Allah dan dimestikan setia dengannya serta tidak boleh menolak perjanjian ini.- Hendaklah dia merasakan bahawa dia berada dalam kebaikan yang benar dengan memasuki kumpulan pekerja yang bekerja untuk Islam.Perasaan ini akan mendorongnya bersabar dengan apa yang akan berlaku yang akan menuntut pengorbanan darinya.- Menjadi kewajipan padanya untuk berterusan mengingati Allah dan bersedia untuk akhirat dengan memperbanyakkan ibadat yang menuju kea rah redho Allah dengan penuh himmah dan tekad yang kuat.Melazimi Qiamullail,berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan,memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan berdoa dengan doa ma'thur secara bersungguh-sungguh.

KEWAJIPAN KENDIRI
1-Menjadi seorang yang kuat keimanannya dan punyai keimanan yang kuat terhadap kerja jemaah ini dan segala tuntutannya. Dalam pada masa yang sama, melaksanakan tuntutannya secara menyeluruh berdasarkan al Quran dan as Sunnah tanpa mengambilnya separuh-separuh.
2-Memastikan dirinya dan seluruh kehidupannya tunduk kepada kepentingan amal dakwah dan urusan Islam itu melebihi pekerjaannya, tempat tinggalnya, isteri-isterinya dan perkara-perkara lainnya dengan penuh komitmen.
3-Memastikan sentiasa bersedia dalam semua aspek sama ada kekuatan ataupun buah fikiran dan mampu menjadi contoh kepada yang lainnya. Imam Hassan al Banna menyatakan; "..Islam menghendaki dari setiap anggota jemaah mempunyai perasaan peka yang dapat mengecapi keelokan dan keburukan dan tanggapan yang tepat dalam menggambarkan yang betul dan yang salah, kemahuan yang tegas, tidak lemah dan lesu di hadapan kebenaran, badan yang sihat akan melaksanakan tuntutan kewajipan-kewajipan kemunusaan dengan sebaik-baiknya dan menjadi anggota yang baik untuk menghasilkan kemahuan yang baik serta membantu kebaikan dan kebenaran..".
4-Menjaga niat agar sentiasa ikhlas & menghindari penyakit hati yang menjauhkan rahmat Allah dan pertolongannya seperti riya', ingin menjadi ketua, suka menonjol diri, gemarkan pangkat dan jawatan serta kemewahan dunia serta penyakit-penyakit lain.
5-Mengetahui bahawa mematuhi arahan ketua dan mengikuti segala peraturan jemaah selepas baiah adalah satu ketaatan yang akan beroleh pahala juga dikira sebagai ibadat dan pengabdian kepada Allah.
6-Menerima Islam secara menyeluruh dan meninggalkan segala bentuk pemahaman yang menjuzu'-juzu'kan Islam. Mengawal segala percakapannya, penulisan atau karangannya dan segala gerak kerjanya supaya tidak menyalahi baiah dan janji setianya. Antara kewajipan yang penting adalah mewariskan kefahaman yang betul ,benar dan sempurna kepada generasi penyambungnya.
7-Mengikuti gerak kerja yang telah digariskan oleh jemaah bagi mencapai matlamat yang besar iaitu mendirikan kerajaan Islam seperti membina individu muslim, rumahtangga muslim dan masyarakat muslim yang dibina atas dasar taqwa dan bergabung dengan kelompok-kelompok masyarakat muslim yang lain bagi menegakkan hukum Allah.
8-Menjadi pengawal yang amanah kepada tujuan-tujuan jemaah yang mana telah didirikan jemaah diatasnya dan tidak diubah biarpun apajua halangan dan rintanagn yang berlaku di tengahnya dan menghindari segala adu domba dan keraguan-keraguan akan matlamat dan gerak kerja jemaah serta memahami bahawa segala halangan dan rintangan dalam membawa agama Allah adalah sunnahNya.
9-Memahami dan mengetahui bahawa kerja Islam ini menuntut pengorbanan jiwa dan harta dan meyakini bahawa Islam tidak akan tertegak kecuali dengan jihad dan ianya adalah fardhu yang berterusan. Sematkan di hati dengan niat jihad dan cintakan syahid yang berterusan.
10-Hendaklah dia mengetahui bahawa selemah-lemah jihad adalah mengingkari dengan hati dan paling tinggi merubah dengan tangan dan berusaha mempelajari fiqh jihad dan mengetahui bilakah keadaannya menjadi wajib dan bilakah berubah hukumnya. Dia juga perlu memastikan agar gerak lakunya tidak menjerumuskan jemaah kedalam kedudukan yang tidak sepatutnya.
11-Melatih dan berusaha berkorban apa yang paling disayanginya dan mahal dalam hidupnya dari harta benda dan sebagainya. Jangan bakhil untuk kerja dakwah dengan harta, usaha, waktu, ilmu dan dirinya sendiri kerana dakwah menuntut semuanya dan bukan setengah-setengah.
12-Hendaklah bersabar dengan segala gerak kerjanya biarpun ianya mengambil masa yang panjang dan tidak menampakkan kejayaan di waktunya dan hendaklah dia meyakini yang satu hari nanti Islam akan kembali bersinar.
13-Hendaklah menanamkan bahawa semua ujian dan rintangan yang di hadapi adalah sunnatullah dan ianya bukanlah pukulan yang mematikan bahkan ujian dari Allah bagi meninggikan darajatnya sekiranya dia bersabar.
14-Hendaklah membersihkan pemikirannya dari pemikiran yang bercanggah dengan jemaah atau yang menyebabkan perpecahan dan memastikan hubungannya dengan apa-apa selain dari jemaah dititik beratkan terutama yang bersangkutan denagn pemerintahan harta dan meterialisme.
15-Menanamkan rasa ukhuwwah fillah adalah yang paling tinggi dan mengetahui bahawa tingkat ukhuwwah yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah menganggap saudaranya adalah lebih dari dirinya sendiri.Dan ini adalah antara sumber kekuatan yang paling kuat.
16-Individu jemaah hendaklah memastikan bahawa segala arahan dari ketua atau orang yang layak memberi arahan, dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dalam susah atau senang, lapang atau sibuk cergas atau terpaksa selagi mana ianya bukan maksiat kepada Allah dan ragu-ragu atau tidak melakukannya merupakan satu penolakan terhadap baiah dan membuka ruang kepada musuh untuk menjatuh jemaah.
17-Menghilangkan rasa syak wasangka kepada pimpinan ataupun ahli jemaah dan menghormati pimpinan dengan sepenuh penghormatan agar jemaah hidup dalam suasana harmoni dan menegur dengan penuh rasa ingin membina dan meminta pendapat dan menyuarakannya sekiranya perlu.
18-Merasakan dalam hati bahawa Islam dan kebenaran itu yang paling tinggi dan janagn mengalah atau merendah diri di hadapan kebatilan. Menjauhi rasa bangga dan megah sekiranya beroleh kemenangan kerana jalan yang perlu dilalui masih jauh dan kemenangan yang diperolehi adalah bantuan dari Allah.
20-Menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji dan menjauhi akhlak yang dikeji.Imam Hasan ada menyebutkan perkara ini dalam risalahnya kepada pemuda ; "..Wahai pemuda! Sesungguhnya berhasil sesuatu fikrah itu apabila kuat keimanan terhadapnya dan mempunyai keikhlasan pada jalannya. Hampir empat rukun ini –iman, ikhlas, semangat dan kerja- menjadi ciri pemuda kerana asas iman adalah hati yangt bersih, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih, asas semangat adalah perasaan yang kuat dan asas kerja adalah keazaman yang kuat. Semua perkara ini tidak ada kecuali pada pemuda. Di sinilah maka para pemuda dula dan kini merupakan tiang kebangkitan setiap umat serta rahsia kekuaatn dalam setiap kebangkitannya dan dalam setiap yang diangkat benderanya. Sesungguhnya mereka adalah sekumpulan pemuda yang beriman dengan tuhannya lalu kami (Allah) tambahkan untuk mereka petunjuk..".
WAllahua'lam

SELAMAT MEYERTAI AKRAB